PEMBUANGAN BAYI

PEMBUANGAN BAYI

Saturday, October 6, 2018

PEMBUAGAN BAYI

     Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sudah menjadi isu di dada akhbar mahupun di corong radio.Kes-kes pembuangan bayi ini kebanyakan dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah lagi mahupun dalam lingkungan umur 20-an.Jika kita melihat di muka depan akhbar,isu pembuangan bayi ini semakin serius sehingga ke hari ini dan para ibu yang membuang bayi tersebut seperti tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bayi yang dibuang.Sedangkan haiwan mengasihi anak-anak mereka,apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.Kes pembuangan bayi ini memberikan kesan terhadap bayi,kesan kepada ibu bayi berkenaan,kesan kepada institusi kekeluargaan dan kesan kepada agama.

                    Kes pembuangan bayi akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.Sebagai contoh,bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak,akan terbiar dan natijahmya terpaksa dibuang bagi menutup aib atau bi,bang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi tersepit di tempat sunyi.Bayi yang terselamat akan mengalami  banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak tidak sah taraf.

                    Kesan terhadap ibu bayi pula ialah mereka mengalami jangkitan kuman kerana semasa mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan.Selain itu,mereka juga mengalami kecederaan semasa melahirkan anak dan jua kehilangan darah yang banyak kerana mereka tidak mendapatkan bantuan pihak hospital semasa melahirkan anak.Mereka juga mengalami pelbagai masalah  dalam diri seperti kemurungan,hilang keyakinan diri dan juga mengalami masalah emosi.Perbuatan mereka sememangnya salah dari segi undang-undang,agama dan negara.

       Selain itu,isu pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan.Apabila sesebuah institusi keluarga runtuh,keharmonian dan kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.Ibu bapa akan berasa malu mempuyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya,Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka.Jiran sekeliling juga memandang serong dan negatif kepada keluarga mereka.Disebabkan masalah pembuangan bayi juga,masalah perceraian juga berlaku.Ibu bapa remaj yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga nak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.Sebagai ibu bapa,janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberikan sokongan dan panduan untuk terus hidup.

                   Seterusnya,masalah pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada agama.Agama  Islam akan dipandang rendah oleh agama yang lain kerana agama lain akan mengganggap agama Islam tidak menerapkan nilai yang murni kepada penganutnya,Penganut agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari dan mendekati Islam.Malah mereka akan meletakkan perspektif yang negatif terhadap agama Islam.Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih teruk daripada hari ini kerana generasi kini mencerminkan peribadi generasi pada masa hadapan.

              Tidak dapat dinafikan bahawa pembuangan bayi memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada masa ini.Antara kesan yang pastinya berlaku ialah pertumbuhan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.Tambahan pula,perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.Oleh itu,masalah pembuangan bayi ini perlulah dicegah dengan kadar yang segera dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak yang berkenaan.
                       

No comments:

Post a Comment