Kes pembuangan bayi ini tidak hanya dibuang tanpa bernyawa, tetapi juga dibuang dalam keadaan masih hidup dan bernyawa. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan akan berbin atau berbintikan Abdullah bagi yang beragama Islam. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Angka tersebut menunjukkan jumlah yang besar. Ini sangat memalukan imej agama Islam yang sangat tinggi martabatnya.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini bukanlah suatu isu yang baru. hal ini perlu dipandang serius dan semua lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan penting masing-masing dalam membendung masalah ini. Oleh yang demikian, masalah pembuangan bayi ini telah banyak memberikan masalah kepada golongan remaja hari ini. Jika tidak dibendung dengan segera lebih ramai gadis remaja, belia, dan wanita di luar sana yang terjebak denagn masalah pembuangan bayi ini. Para remaja perempuan perlulah lebih menjaga maruah dan kehormatan diri demi menjaga kesucian diri agar diri mereka sentiasa di pandang tinggi oleh kaum adam.

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia menikah. Kerana dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”
No comments:
Post a Comment