PEMBUANGAN BAYI

PEMBUANGAN BAYI

Sunday, October 7, 2018


Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya boleh diatasi.
Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi
Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..
Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka.
Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.

Saturday, October 6, 2018

   


   KESAN- KESAN PEMBUANGAN BAYI




                           Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sudah menjadi isu di dada akhbar mahupun di corong radio.Kes-kes pembuangan bayi ini kebanyakan dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah lagi mahupun dalam lingkungan umur 20-an.Jika kita melihat di muka depan akhbar,isu pembuangan bayi ini semakin serius sehingga ke hari ini dan para ibu yang membuang bayi tersebut seperti tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bayi yang dibuang.Sedangkan haiwan mengasihi anak-anak mereka,apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.Kes pembuangan bayi ini memberikan kesan terhadap bayi,kesan kepada ibu bayi berkenaan,kesan kepada institusi kekeluargaan dan kesan kepada agama.

                    Kes pembuangan bayi akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.Sebagai contoh,bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak,akan terbiar dan natijahmya terpaksa dibuang bagi menutup aib atau bi,bang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi tersepit di tempat sunyi.Bayi yang terselamat akan mengalami  banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak tidak sah taraf.

                    Kesan terhadap ibu bayi pula ialah mereka mengalami jangkitan kuman kerana semasa mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan.Selain itu,mereka juga mengalami kecederaan semasa melahirkan anak dan jua kehilangan darah yang banyak kerana mereka tidak mendapatkan bantuan pihak hospital semasa melahirkan anak.Mereka juga mengalami pelbagai masalah  dalam diri seperti kemurungan,hilang keyakinan diri dan juga mengalami masalah emosi.Perbuatan mereka sememangnya salah dari segi undang-undang,agama dan negara.

       Selain itu,isu pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan.Apabila sesebuah institusi keluarga runtuh,keharmonian dan kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.Ibu bapa akan berasa malu mempuyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya,Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka.Jiran sekeliling juga memandang serong dan negatif kepada keluarga mereka.Disebabkan masala


   Kes pembuangan bayi ini tidak hanya dibuang tanpa bernyawa, tetapi juga dibuang dalam keadaan masih hidup dan bernyawa. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan akan berbin atau berbintikan Abdullah bagi yang beragama Islam. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Angka tersebut menunjukkan jumlah yang besar. Ini sangat memalukan imej agama Islam yang sangat tinggi martabatnya.

        Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini bukanlah suatu isu yang baru. hal ini perlu dipandang serius dan semua lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan penting masing-masing dalam membendung masalah ini. Oleh yang demikian, masalah pembuangan bayi ini telah banyak memberikan masalah kepada golongan remaja hari ini. Jika tidak dibendung dengan segera lebih ramai gadis remaja, belia, dan wanita di luar sana yang terjebak denagn masalah pembuangan bayi ini. Para remaja perempuan perlulah lebih menjaga maruah dan kehormatan diri demi menjaga kesucian diri agar diri mereka sentiasa di pandang tinggi oleh kaum adam.


“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia menikah. Kerana dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”

Data Kes Pembuangan Bayi
Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010





 









PUNCA - PUNCA BERLAKUNYA PEMBUAGAN BAYI

Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkanmasyarakat. Hal ini demikian, kerana jumlah kes pembuangan bayi semakinmeningkat dari tahun ke tahun.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembuangan bayi,antaranya ialah tiada persediaan untuk menjadi ibu bapa. Hal ini turutdisebabkan ibu tidak bersedia untuk berhamil. Seseorang ibu akan berasatertekan apabila tiada keinginan untuk berhamil. Hal ini demikian, keranaseseorang ibu menyedari tanggungjawab yang harus dipikul setelah bayi itudilahirkan. Oleh itu, dengan ketiadaan persediaan untuk memeliharaseseorang anak, ibu bapa akan mengambil tindakan untuk membuang bayi.Selain faktor itu, masalah pembuangan bayi turut berlaku apabila ibubapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga. Ibu bapamengabaikan perancangan untuk bilangan anak dan kewangan. Hal ini jelasbahawa ibu bapa melahirkan anak mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kirabilangan anak mengikut kemampuan mereka. Apabila kemampuan ibu bapadari segi kewangan tidak dapat menampung bilangan anak yang banyak, makaibu bapa y⇆⇈ang tidak bertanggungjawab akan memilih untuk membuang bayi


Buang bayi waktu sahur


PEMBUAGAN BAYI

     Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sudah menjadi isu di dada akhbar mahupun di corong radio.Kes-kes pembuangan bayi ini kebanyakan dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah lagi mahupun dalam lingkungan umur 20-an.Jika kita melihat di muka depan akhbar,isu pembuangan bayi ini semakin serius sehingga ke hari ini dan para ibu yang membuang bayi tersebut seperti tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bayi yang dibuang.Sedangkan haiwan mengasihi anak-anak mereka,apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.Kes pembuangan bayi ini memberikan kesan terhadap bayi,kesan kepada ibu bayi berkenaan,kesan kepada institusi kekeluargaan dan kesan kepada agama.

                    Kes pembuangan bayi akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.Sebagai contoh,bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak,akan terbiar dan natijahmya terpaksa dibuang bagi menutup aib atau bi,bang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi tersepit di tempat sunyi.Bayi yang terselamat akan mengalami  banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak tidak sah taraf.

                    Kesan terhadap ibu bayi pula ialah mereka mengalami jangkitan kuman kerana semasa mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan.Selain itu,mereka juga mengalami kecederaan semasa melahirkan anak dan jua kehilangan darah yang banyak kerana mereka tidak mendapatkan bantuan pihak hospital semasa melahirkan anak.Mereka juga mengalami pelbagai masalah  dalam diri seperti kemurungan,hilang keyakinan diri dan juga mengalami masalah emosi.Perbuatan mereka sememangnya salah dari segi undang-undang,agama dan negara.

       Selain itu,isu pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan.Apabila sesebuah institusi keluarga runtuh,keharmonian dan kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.Ibu bapa akan berasa malu mempuyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya,Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka.Jiran sekeliling juga memandang serong dan negatif kepada keluarga mereka.Disebabkan masalah pembuangan bayi juga,masalah perceraian juga berlaku.Ibu bapa remaj yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga nak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.Sebagai ibu bapa,janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberikan sokongan dan panduan untuk terus hidup.

                   Seterusnya,masalah pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada agama.Agama  Islam akan dipandang rendah oleh agama yang lain kerana agama lain akan mengganggap agama Islam tidak menerapkan nilai yang murni kepada penganutnya,Penganut agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari dan mendekati Islam.Malah mereka akan meletakkan perspektif yang negatif terhadap agama Islam.Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih teruk daripada hari ini kerana generasi kini mencerminkan peribadi generasi pada masa hadapan.

              Tidak dapat dinafikan bahawa pembuangan bayi memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada masa ini.Antara kesan yang pastinya berlaku ialah pertumbuhan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.Tambahan pula,perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.Oleh itu,masalah pembuangan bayi ini perlulah dicegah dengan kadar yang segera dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak yang berkenaan.
                       

Wednesday, August 15, 2018

video tentang isu pembuangan bayi...
       Pendahuluan

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Faktor-Faktor Pembuangan Bayi

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada beberapa faktor pembuangan bayi:

·         Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

·         Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

·         Sikap Masyarakat

Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.

·         Sikap Ingin Tahu Remaja

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.